Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Pihak berkuasa tempatan tidak terikat oleh notis, sama ada nyata, difahamkan atau ditafsirkan, mengenai sesuatu amanah, gadaian atau kepentingan lain, di sisi undang-undang atau di sisi ekuiti, yang dengannya seseorang yang lain daripada pemunya atau pemunya berdaftar pada masa itu boleh mendakwa sebagai ada mempunyai kepentingan dalam atau berhak kepada mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 171