Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Selepas mendengar permohonan itu Mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah dan memberi apa-apa arahan sebagaimana yang sesuai dalam hal keadaan itu untuk mendapatkan dan membayar wang yang kena dibayar itu, dan khususnya, Mahkamah itu boleh memerintahkan bahawa sesuatu kadar atau kadar-kadar bagi apa-apa amaun atau amaun-amaun yang ditetapkannya hendaklah dibuat dan dilevi ke atas semua harta berkadar dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu, dan kadar yang diperintahkan sedemikian itu adalah menimpakan beban sama seperti beban sesuatu kadar yang dikenakan oleh pihak berkuasa
Kerajaan Tempatan 43
tempatan itu dan boleh dikuatkuasakan dengan cara yang serupa, dan hasil kadar itu hendaklah dibayar kepada mahkamah itu atau pun sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah itu.
(3)
Jika penjelasan bagi mana-mana pinjaman itu atau bagi sesuatu ansurannya tidak dibuat selepas tempoh tiga puluh hari dari tarikh pinjaman atau ansuran itu kena dijelaskan, tindakan yang serupa boleh diambil atas permohonan orang yang kepadanya penjelasan itu kena dibuat atau atas permohonan wakilnya yang diberi kuasa olehnya dengan sewajarnya.
(4)
Atas permohonan itu, Mahkamah itu boleh, selain daripada apa-apa perintah yang dia diberi kuasa membuat di bawah subseksyen (2), memerintahkan dijual apa-apa harta yang telah dijadikan sekuriti bagi pinjaman itu, tertakluk sentiasa kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis tentang pemindahan mana-mana tanah yang terletak hak pada pihak berkuasa tempatan itu.
Kuasa meminjam bagi maksud khas