Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 49

Pendahuluan dengan cara overdraf

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh mendapatkan pendahuluan daripada sesuatu bank dari semasa ke semasa dengan cara overdraf dan sesuatu overdraf itu adalah memerlukan kelulusan Pihak

Berkuasa Negeri, melainkan jika overdraf itu diliputi oleh deposit tetap dengan bank itu juga:

Dengan syarat bahawa segala wang yang didahulukan sedemikian oleh bank itu dan apa-apa bunganya hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar oleh pihak berkuasa tempatan itu dan hendaklah menjadi suatu tanggungan ke atas harta dan hasil pihak berkuasa tempatan itu, yang ada pada masa itu atau pada masa hadapan, dan subseksyen 47(2) hendaklah dipakai dalam serba perkara seolah-olah pendahuluan itu adalah pinjaman yang diberi di bawah seksyen 47.