Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 50

Kumpulan wang penjelas

Pihak berkuasa tempatan hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang atau kumpulan wang penjelas mengenai mana-mana pinjaman yang telah didapatkan oleh atau diberi kepadanya dan hendaklah menyebabkan supaya dibayar kepada kumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang itu apa-apa jumlah wang pada tiap-tiap tahun untuk mengadakan penebusan bagi pinjaman itu atau apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa tempatan itu tidak boleh menguntukkan apa-apa jumlah wang daripada kumpulan wang penjelas itu bagi apa-apa maksud lain tanpa persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.

Section 50 — LOCAL GOVERNMENT ACT 1976 | mylaw.my