Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 53

Pihak berkuasa tempatan hendaklah mengarahkan buku dan akaun yang sepatutnya diadakan dan rekod yang benar dan teratur dicatatkan di dalamnya mengenai semua transaksi pihak berkuasa tempatan itu dan buku dan akaun itu hendaklah terbuka pada setiap masa yang munasabah dan selama tempoh yang munasabah untuk diperiksa oleh mana-mana Anggota Majlis dengan terlebih dahulu mendapat izin Datuk Bandar atau Yang Dipertua.