Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Tahun kewangan
(2)
Akaun pihak berkuasa tempatan hendaklah dengan seberapa segera yang boleh diimbangkan bagi tahun kewangan yang lalu dan suatu penyata akaun tahunan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa
Tempatan itu hendaklah disediakan.
(3)
Salinan penyata tahunan itu yang ditandatangani oleh Datuk
Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar atau Yang Dipertua, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibentangkan di hadapan pihak berkuasa tempatan itu tidak lewat daripada mesyuarat biasanya yang pertama dalam bulan Mei yang berikutnya, atau pada bila-bila masa selepasnya mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu.
(4)
Penyata tahunan itu hendaklah disediakan mengikut apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Anggaran tahunan hendaklah diluluskan dan dipersetujui