Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Kerajaan Tempatan 47
(2)
Anggaran itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan hendaklah diluluskan dalam suatu mesyuarat khas pihak berkuasa tempatan itu.
(3)
Suatu salinan draf anggaran itu hendaklah disampaikan kepada setiap seorang Anggota Majlis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.
(4)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini pihak berkuasa tempatan itu boleh, menurut budi bicaranya, meluluskan, mengubah suai, menolak atau menambah apa-apa butiran dalam draf anggaran itu.
(5)
Selepas Bajet itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan itu,
Bajet itu hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada dua puluh haribulan November dan hendaklah
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
ditimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada tiga puluh satu haribulan Disember dalam tahun itu dan Pihak Berkuasa
Negeri boleh mengurangkan atau menolak apa-apa butiran perbelanjaan yang terdapat di dalamnya itu.
(6)
Ringkasan Bajet itu sebagaimana diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Negeri hendaklah disiarkan dalam Warta dan pihak berkuasa tempatan itu adalah terikat olehnya.
Anggaran tambahan