Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
(a)
sebelum pihak berkuasa tempatan mengizinkan sesuatu penutupan, pelencongan atau pengubahan yang kekal bagi sempadan notis tidak kurang daripada empat belas hari hendaklah diberi mengenai cadangan hendak mengusulkan suatu ketetapan bagi maksud itu;
(b)
sebelum sesuatu penutupan, pelencongan atau pengubahan itu dijalankan, pihak berkuasa tempatan hendaklah menyediakan satu pelan bagi kerja yang dicadangkan itu dan satu pernyataan menunjukkan tentang perlunya yang
Kerajaan Tempatan 53
demikian itu dan hendaklah tidak kurang daripada satu bulan sebelum dimulakan kerja yang dicadangkan itu memberi notis mengenainya dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain yang diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan melalui ketetapan dan notis itu hendaklah menyatakan tempat di mana pelan yang tersebut itu boleh diperiksa oleh orang ramai pada waktu yang munasabah dan satu salinan notis itu hendaklah ditampalkan pada sesuatu bahagian lebuh atau tempat awam yang tersebut itu;
(c)
adalah layak bagi seseorang pemunya atau penduduk bagi mana-mana tanah yang terjejas oleh penutupan, pelencongan atau pengubahan itu membuat suatu tuntutan secara bertulis kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu disiarkan dalam Warta untuk mendapat pampasan oleh sebab penutupan, pelencongan atau pengubahan itu dan jika tuntutan itu dibuktikan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan itu, pihak berkuasa tempatan itu hendaklah membayar pampasan kepada mana-mana pemunya atau penduduk itu dan pada mentaksirkan amaun pampasan yang kena dibayar, faedah atau keuntungan yang didapati atau mungkin akan didapati daripada penutupan, pelencongan atau pengubahan itu oleh orang itu hendaklah diambil kira;
(d)
jika seseorang yang terkilan dengan sesuatu penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu membantah terhadapnya secara bertulis dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu disiarkan dalam Warta berkenaan dengan penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu, melainkan jika bantahan itu ditarik balik, penutupan, pelencongan atau pengubahan itu hendaklah jangan dijalankan tanpa izin Pihak Berkuasa Negeri; dan
(e)
selepas penyampaian sesuatu bantahan itu, Pihak Berkuasa
Negeri boleh, atas permohonan pihak berkuasa tempatan itu, melantik seorang atau beberapa orang untuk menjalankan suatu penyiasatan berkenaan dengan penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu dan juga bantahan terhadapnya itu dan untuk membuat laporan mengenainya dan selepas menerima laporan orang atau orang itu Pihak
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
Berkuasa Negeri boleh membuat suatu perintah tidak membenarkan penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu atau membenarkannya dengan apa-apa ubah suaian, jika ada, yang difikirkannya perlu.
(2)
Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, dengan persetujuan
Pihak Berkuasa Negeri, menutup atau melencongkan secara kekal mana-mana lebuh yang bukan suatu lebuh awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu, tetapi dalam tiap-tiap hal yang demikian, penutupan atau pelencongan itu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (1).
Menamakan tempat awam, dsb.