Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Segala hak, tanggungan dan kewajipan berhubungan dengan apa-apa perkara yang sebelum sahaja penubuhan pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen 3 atau percantuman pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen 5 adalah tanggungjawab Majlis Tempatan, Lembaga Bandaran,
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
Majlis Bandaran, Majlis Daerah, Lembaga Luar Bandar, Majlis
Perbandaran, Majlis Bandar Raya atau Lembaga Pengurusan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, selepas penubuhan atau percantuman itu, berpindah kepada pihak berkuasa tempatan itu dan dalam apa-apa tindakan undang-undang yang belum selesai pada tarikh penubuhan atau percantuman itu hendaklah diganti satu pihak dengan suatu pihak lain sebagaimana yang perlu memandang kepada apa-apa pemindahan hak, tanggungan atau kewajipan yang tersebut di atas; dan bagi menghapuskan apa-apa keraguan, adalah dengan ini dinyatakan bahawa semua pegawai dan pekhidmat Majlis Tempatan,
Lembaga Bandaran, Majlis Bandaran, Majlis Daerah, Lembaga Luar
Bandar, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau Lembaga
Pengurusan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, selepas penubuhan atau percantuman itu, menjadi pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan itu.