Malaysia legislation

Section 72

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 72

(a)

untuk mengadakan, menyenggarakan dan menjalankan apa-apa perkhidmatan kebersihan bagi menguruskan effluen;

(b)

untuk menubuh, mendirikan, menyenggara, menyewakan, mengawal dan menguruskan pasar dan bangunan pasar, rumah tumpangan, rumah, bilik atau bangunan yang disenggara bagi tempat makan-minum orang ramai, kedai, gerai dan sanggar dan mengawal hal berkenaan dengan penghunian dan penggunaannya;

(c)

untuk melesen bangunan sementara, gerai, meja, papan tunjuk, kereta sorong, pedati, basikal roda tiga atau bekas lain sama ada tetap pada sesuatu tempat atau tidak, yang didirikan atau digunakan untuk menjual atau mendedahkan untuk jualan—

(i)

apa-apa makanan atau minuman di jalan, tempat awam atau tempat tumpuan awam atau di premis persendirian;

(ii)

barang-barang lain daripada makanan atau minuman di jalan, tempat awam atau tempat tumpuan awam, dan untuk menyita, memusnahkan atau melupuskannya jika ia tidak dilesen sedemikian;

Kerajaan Tempatan 57

(d)

untuk mengadakan, membina dan menyenggara tandas awam, jamban dan tempat buang air kecil awam, sama ada di atas atau di bawah tanah, di mana-mana tempat awam;

(e)

untuk mengadakan, membina, menyenggara dan mengawal rumah penyembelihan, sama ada di dalam atau di luar kawasan pihak berkuasa tempatan;

(f)

untuk melindungi dan memajukan kesihatan awam dan mengambil segala langkah yang perlu dan munasabah praktik—

(i)

bagi mencegah berlakunya apa-apa penyakit berjangkit, boleh berjangkit atau boleh dicegah;

(ii)

(Dipotong oleh Akta A1311);

(iii)

bagi mencegah berlakunya, atau bagi meremedi atau menyebab diremedi, apa-apa kacau ganggu atau keadaan yang mungkin mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan;

(g)

untuk mengadakan, membina, melengkapkan, menyenggara, mengawal dan mengendalikan kerja simpanan sejuk dan depot bagi pemeriksaan daging;

(h)

untuk mengadakan, membina, melengkapkan, menyenggara, mengawal dan mengendalikan depot bagi pemeriksaan, pemprosesan, pembahagian, pembelian dan penjualan susu atau keluaran susu;

(i)

untuk mengadakan, memperoleh, membina, menyenggara, mengawal dan mengendalikan perusahaan pencucian pakaian dan tempat mencuci pakaian; dan

(j)

mengadakan, membina, menyenggara, mengawal dan mengendalikan stesen penyahjangkit.

(2)

Bagi maksud seksyen 72 dan 73, cecair buangan tidak termasuk kumbahan.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

Undang-undang kecil