Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
(a)
(i)
untuk mengadakan, menyenggarakan dan memaksa penggunaan apa-apa perkhidmatan bagi menguruskan effluen dan untuk menghendaki pemunya atau penduduk mana-mana premis untuk melaksanakan urusan itu dan untuk mengawal selia dan mengawal caranya;
(ii)
untuk memelihara tempat awam supaya berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada cecair buangan dan untuk melarang air simbahan atau cecair buangan lain dibuangkan, dijatuhkan, diletakkan atau dikeluarkan ke mana-mana anak sungai, saluran atau alur air lain, dan menahan cecair itu daripada mengalir ke dalam mana-mana tempat itu, dan untuk mengawal selia atau melarang orang, binatang atau benda daripada dimandikan atau dibasuh di mana-mana tempat itu;
(iii)
untuk melarang, memberhentikan, menghapuskan dan mencegah berlakunya kacau ganggu:
Dengan syarat bahawa dalam sesuatu hal di mana didapati sesuatu kacau ganggu yang ada dalam kawasan pihak berkuasa tempatan disebabkan kesemuanya atau sebahagiannya oleh sesuatu perbuatan atau kemungkiran di luar kawasan pihak berkuasa tempatan itu, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa jua berkenaan dengan perbuatan atau kemungkiran itu mengikut cara yang sama dan dengan beban dan akibat yang sama seolah-olah perbuatan atau kemungkiran itu adalah ke semuanya dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu;
Kerajaan Tempatan 59
(iv)
untuk memastikan kandang kuda, kandang kambing, kandang kerbau-lembu, kandang babi dan bangsal ayam itik dibina dengan sempurnanya dan untuk melarang burung atau binatang daripada dipelihara di premis yang tidak dibina mengikut undang-undang kecil atau yang dibina dengan cara atau terletak pada tempat yang mungkin menyebabkan premis itu menjadi suatu kacau ganggu jika burung atau binatang dipelihara di dalamnya dan untuk melarang burung atau binatang daripada dipelihara di mana-mana premis yang diperakui oleh Pegawai Kesihatan sebagai terletak pada suatu tempat yang menjadikan premis itu tidak layak bagi maksud itu;
(v)
untuk melarang binatang daripada diberi makan atau daripada meragut di mana-mana tempat yang lain daripada yang dikhaskan bagi maksud itu;
(b)
(i)
untuk memelihara kesihatan awam;
(ii)
untuk mencegah penyakit daripada berlaku dan merebak, untuk mengisytiharkan apakah penyakit yang kena diberitahu kepada pihak berkuasa yang berkenaan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi memindahkan secara paksa orang yang menghidap mana-mana penyakit itu ke hospital atau tempat pengasingan yang sesuai dan bagi menahan dan merawat mereka di situ jika, pada pendapat Pegawai Kesihatan, pemindahan, tahanan atau perawatan tersebut adalah perlu sama ada untuk memperlindungi kesihatan awam atau oleh sebab rumah tempat pesakit itu tinggal atau menginap tidak mencukupi atau tidak sesuai untuknya;
(iii)
untuk mengatur dan menguatkuasakan kuarantin, pencegah jangkitan orang, pencegah jangkitan tempat dan benda dan untuk membenarkan barang yang dijangkiti atau yang telah terdedah kepada jangkitan disita dan ditahan dan untuk memastikan barang itu dimusnahkan jika, pada pendapat Pegawai Kesihatan, pemusnahan itu adalah perlu, dengan membayar
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
pampasan kepada pemunyanya sebanyak yang akan ditetapkan melalui persetujuan atau timbang tara;
(iv)
untuk mengadakan penalti kerana tidak memberi apa-apa maklumat apabila diminta oleh Pegawai Kesihatan atau kerana tidak mengemukakan apa-apa keterangan dokumen atau keterangan lain yang dikehendaki oleh
Pegawai Kesihatan bagi maksud mengesan punca dan mencegah merebaknya jangkitan;
(v)
untuk menghendaki ditutup sekolah atau premis perdagangan yang disyaki menjadi atau mungkin akan menjadi punca jangkitan, dan untuk melarang orang yang dijangkiti atau disyak dijangkiti atau mungkin akan dijangkiti daripada menjalankan apa-apa perdagangan, urusan atau pekerjaan yang mungkin menyebabkan merebaknya sesuatu penyakit;
(vi)
untuk menghendaki orang yang tiba di kawasan pihak berkuasa tempatan dari tempat yang dijangkiti, atau yang disyak dijangkiti oleh sesuatu penyakit yang kena diberitahu kepada pihak berkuasa yang berkenaan, dengan sesuatu vesel, kapal udara atau alat kenderaan lain yang dijangkiti atau disyak dijangkiti sedemikian, melaporkan diri kepada
Pegawai
Kesihatan dan menyampaikan kepadanya apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan;
(c)
(i)
untuk mengadakan peruntukan bagi memeriksa apa-apa barang makanan atau minuman atau barang ais untuk jualan;
(ii)
untuk mengatur, mengawal, memeriksa dan menyelia hal mengilang, menyediakan, menyimpan, mengendali, mengirim dan mengangkut apa-apa barang makanan atau minuman atau barang ais untuk jualan;
(iii)
untuk melarang daripada dibawa masuk ke dalam kawasan pihak berkuasa tempatan, daripada dimiliki,
Kerajaan Tempatan 61
dijual atau ditawarkan untuk jualan bagi maksud makanan manusia atau daripada dikendalikan, melainkan bagi maksud memusnahkan, binatang, burung, daging atau ikan berpenyakit atau buah-buahan, sayur-sayuran atau tidak barang makanan atau minuman lain yang busuk, tidak baik atau pun tidak layak untuk makanan manusia;
(iv)
untuk membenarkan disita, dan diperiksa dan untuk memastikan pemusnahan, jika pada pendapat Pegawai
Kesihatan pemusnahan itu perlu, apa-apa binatang, burung, daging atau ikan berpenyakit atau buah-buahan, sayur-sayuran atau barang makanan lain atau minuman yang busuk, tidak baik atau pun tidak layak untuk makanan manusia;
(v)
untuk mengadakan peruntukan bagi menahan binatang, burung atau barang makanan atau minuman lain atau barang ais, sementara menanti pemeriksaan atau penyiasatan;
(d)
(i)
bagi mengatur pengawalan dan penggunaan pasar dan bangunan, kedai, bangsal, gerai, kandang dan apa-apa binaan lain di dalamnya dan bagi mencegah kacau ganggu atau halangan di dalamnya atau pada jalan masuk ke dalamnya yang berhampiran dengannya;
(ii)
bagi mengadakan alat timbang, penimbang dan alat sukat standard untuk digunakan di dalam pasar dan bagi melarang daripada digunakan di dalamnya alat timbang, penimbang atau alat sukat yang palsu atau cacat;
(iii)
(Dipotong oleh Akta A1311);
(iv)
bagi melesen atau pun mengawal orang yang menjual atau menawar untuk jualan apa-apa jua barang dalam pasar;
(v)
bagi menetapkan bayaran yang hendak dibayar untuk
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
lesen bagi mengendalikan pasar dan bagi menawar barang untuk jualan di dalamnya;
(vi)
bagi mengaturkan hari dan waktu pasar boleh diadakan;
(vii)
bagi melarang apa-apa pasar diadakan dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu dan bagi menetapkan syarat dan sekatan yang tertakluk kepadanya kebenaran itu boleh diberi;
(e)
untuk mengatur penyembelihan binatang dan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pengawalan, penyeliaan dan pemeriksaan rumah penyembelihan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan dan bagi—
(i)
memeriksa binatang sebelum disembelih dan juga karkasnya;
(ii)
menahan untuk perhatian dan rawatan binatang yang dibawa untuk disembelih dan disyaki berpenyakit;
(iii)
menyembelih binatang yang dibawa untuk disembelih, yang berpenyakit atau yang oleh kerana kurus atau apa-apa lain, pada pendapat Pegawai Kesihatan atau
Pegawai Veterinar tidak layak untuk makanan manusia;
(iv)
melupuskan karkas binatang berpenyakit;
(v)
menandakan karkas binatang yang disembelih di rumah penyembelihan untuk menunjukkan yang binatang itu telah disembelih di rumah penyembelihan;
(vi)
melarang binatang disembelih di dalam lingkungan kawasan pihak berkuasa tempatan melainkan di sesuatu rumah penyembelihan atau tempat yang dibenarkan;
Kerajaan Tempatan 63
(vii)
melarang dibawa ke dalam kawasan pihak berkuasa tempatan untuk makanan manusia, kecuali dengan suatu permit yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan, daging apa-apa binatang yang disembelih di luar kawasan pihak berkuasa tempatan;
(viii)
membolehkan seseorang pegawai berkuasa pihak berkuasa tempatan masuk pada waktu siang atau malam ke dalam mana-mana premis di mana dia ada sebab bagi mempercayai bahawa apa-apa binatang mungkin akan, sedang atau telah disembelih bersalahan dengan peruntukan mana-mana undang-undang kecil;
(f)
untuk mengatur, memeriksa, menyelia dan melesen bangunan sementara, gerai, meja, papan tunjuk, pedati, kereta sorong, basikal roda tiga dan bekas lain dan untuk menyita, memusnah atau melupuskannya jika tidak dilesen sedemikian;
(g)
untuk mengatur, menyelia dan melesen, penjaja dan peniaga di jalan dan bagi menetapkan jalan atau kawasan di mana berjaja atau berniaga di jalan adalah dilarang;
(h)
untuk mengatur dan mengawal penggunaan tempat mandi awam, tempat membasuh bagi awam, tempat mencuci pakaian bagi awam dan tempat membasuh pakaian bagi awam, yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa tempatan;
(i)
untuk mengatur, memeriksa dan melesen tempat renang dan tempat mandi dan melarang atau mengatur mandi di mana-mana tempat air terbuka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan;
(j)
untuk mengatur, memeriksa dan melesen penggunaan tandas awam, jamban, tempat buang air kecil dan jalan bawah tanah awam;
(k)
untuk menetapkan syarat bagi mengangkut binatang, burung atau ikan, sama ada mati atau hidup, dan daging, sayur-sayuran atau buah-buahan di mana-mana jalan atau tempat awam;
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
(l)
untuk melarang atau mengatur apa-apa cara bercucuk tanam, penggunaan apa-apa jenis baja atau baja kimia atau apa-apa cara pengairan yang, pada pendapat pihak berkuasa tempatan, adalah mengganggu atau adalah mendatangkan bencana kepada kesihatan; dan
(m)
untuk melarang, mengatur, memeriksa, menyelia dan melesen penternakan, dan untuk menyita, memusnahkan dan melupuskan binatang, burung atau ikan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
(2)
Walau apa pun peruntukan lain dalam Akta ini, sesuatu pihak berkuasa tempatan tidak boleh membuat, meminda atau membatalkan mana-mana undang-undang kecil berkenaan dengan kumbahan.
Rumah, dsb., kotor