Malaysia legislation

Section 74

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 74

Mana-mana pemunya, penduduk atau penyewa mana-mana rumah, bangunan atau tanah, sama ada layak diduduki oleh penyewa atau tidak, yang membiarkan rumah, bangunan atau tanah itu atau mana-mana bahagiannya berada dalam keadaan kotor dan tidak baik atau diliputi oleh tumbuh-tumbuhan rimbun dan mudarat melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.