Malaysia legislation

Section 80

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 80

Kacau ganggu hendaklah dihapuskan

Pihak berkuasa tempatan hendaklah mengambil langkah bagi memberhentikan, memusnahkan dan menghapuskan segala kacau ganggu daripada jenis awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu pada premis awam atau persendirian dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang melakukan mana-mana kacau ganggu itu bagi menghapuskannya dan juga bagi mendapatkan ganti rugi.