Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(2)
Pihak berkuasa tempatan itu juga boleh, dengan notis yang sama atau dengan suatu notis lain yang disampaikan kepada penduduk, pemunya atau orang itu, menghendaki penduduk, pemunya atau orang itu melakukan apa yang perlu bagi mencegah kacau ganggu itu daripada berlaku semula dan, jika difikirkan perlu oleh pihak berkuasa tempatan itu, menyatakan apa-apa kerja yang hendak dijalankan bagi maksud itu, dan boleh menyampaikan notis itu walaupun kacau ganggu itu mungkin telah dihapuskan pada masa itu jika pihak berkuasa tempatan fikirkan kacau ganggu itu mungkin berlaku semula di premis itu.
(3)
Jika kacau ganggu itu terbit daripada kecacatan atau tidak adanya sesuatu berjenis rangka bina atau jika premis itu tidak diduduki, notis itu hendaklah disampaikan kepada pemunya.
(4)
Jika orang yang menyebabkan kacau ganggu itu tidak dapat dijumpai pihak berkuasa tempatan itu sendiri boleh menghapuskan kacau ganggu itu dan boleh menuntut belanja mengenainya daripada pemunya.
Kerajaan Tempatan 71
(5)
Jika sesuatu notis telah disampaikan kepada seseorang dan orang itu tidak mematuhi mana-mana daripada kehendak notis itu dalam tempoh yang ditentukan, orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan selain daripada itu Mahkamah Majistret itu boleh mengeluarkan suatu perintah kacau ganggu.
(6)
Sesuatu perintah kacau ganggu boleh jadi suatu perintah penghapusan atau suatu perintah penutupan atau suatu kombinasi daripada kedua-duanya.
(7)
Sesuatu perintah penghapusan menghendaki seseorang mematuhi segala atau mana-mana daripada kehendak notis itu, atau menghapuskan kacau ganggu itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.
(8)
Sesuatu perintah penghapusan hendaklah menyatakan kerja yang hendak dijalankan oleh orang itu bagi maksud menghapuskan kacau ganggu itu.
(9)
Sesuatu perintah penutupan adalah melarang sesebuah rumah kediaman daripada digunakan untuk kediaman manusia dan hendaklah dibatalkan atas permohonan pihak berkuasa tempatan itu apabila rumah kediaman itu telah dijadikan layak untuk kediaman manusia.
(10)
Seseorang yang tidak mematuhi peruntukan sesuatu perintah kacau ganggu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh peruntukan perintah kacau ganggu itu tidak dipatuhi.
(11)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (5) dan subseksyen
(10)
pihak berkuasa tempatan itu sendiri boleh menghapuskan kacau ganggu itu dan boleh menuntut segala belanja mengenainya daripada orang yang tidak menghapuskan kacau ganggu itu.
(12)
Jika sesuatu perintah penutupan telah dibuat berkenaan dengan sesuatu rumah kediaman, pihak berkuasa tempatan itu hendaklah menyampaikan suatu salinan perintah itu kepada tiap-tiap penduduk rumah kediaman itu dan jika penduduk itu tidak mematuhi perintah
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
itu, pihak berkuasa tempatan itu boleh, dengan bantuan polis, mengusir penduduk itu dari rumah kediaman itu.
(13)
Sesuatu notis, sesuatu perintah penghapusan dan sesuatu perintah penutupan di bawah seksyen ini hendaklah masing-masing dibuat dalam Borang B, Borang C dan Borang D dalam Jadual
Pertama kepada Akta ini.
Perintah untuk meruntuhkan rumah yang tidak layak untuk kediaman