Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
Jika sesuatu kacau ganggu dalam, atau yang menyentuh mana-mana bahagian, sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan didapati disebabkan kesemuanya atau sebahagiannya oleh sesuatu perbuatan atau
Kerajaan Tempatan 73
kemungkiran yang dilakukan atau sedang dilakukan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan itu, pihak berkuasa tempatan itu boleh mengambil, atau menyebabkan diambil, terhadap sesiapa jua mengenai perbuatan atau kemungkiran itu, apa-apa tindakan berhubungan dengan kacau ganggu, yang dibenarkan oleh Akta ini dalam kes yang serupa dan dengan beban dan akibat yang sama seolah-olah perbuatan atau kemungkiran itu adalah dilakukan atau berlaku kesemuanya dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu.