Malaysia legislation

Section 96

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 96

Jika pada bila-bila masa pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa—

(a)

sesuatu tanah perkuburan atau tempat pengebumian atau sesuatu tempat yang digunakan untuk membakar mayat berada dalam sesuatu keadaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang yang tinggal di kawasan sekitarnya; atau

(b)

tanah perkuburan atau tempat pengebumian atau tempat membakar mayat itu atau mana-mana bahagian daripadanya—

(i)

yang mudarat atau tidak baik atau tidak layak untuk digunakan sebagai suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat;

(ii)

tidak boleh lagi digunakan untuk mengebumikan atau membakar mayat orang mati tanpa mendatangkan bahaya kepada kesihatan awam; atau

(iii)

digunakan bersalahan dengan syarat lesen, pihak berkuasa tempatan boleh memerintahkan supaya tanah perkuburan atau tempat pengebumian atau membakar mayat itu atau mana-mana bahagiannya itu ditutup atau boleh membatalkan lesennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan selepas daripada itu menyalahi undang-undang menggunakan yang demikian sebagai suatu tempat bagi mengebumikan atau membakar mayat.

Penggalian mayat