Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hari yang ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1;
8
No. 20 Tahun 1966
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Timbalan Pengerusi;
“perbadanan” ertinya suatu perbadanan yang ditubuhkan oleh
Majlis pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 25;
“pengarah” ertinya seorang pegawai eksekutif dalam perkhidmatan
Majlis yang dilantik di bawah seksyen 8;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Majlis dan termasuklah
Timbalan Ketua Pengarah;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“Majlis” ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan dan diperbadankan di bawah seksyen 3.