Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Prosiding sivil
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Majlis atau mana-mana perbadanan—
(a)
mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam
Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau
(b)
mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau am Pengerusi, boleh, bagi pihak Majlis atau perbadanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.
Majlis dan perbadanan disifatkan sebagai seorang Melayu atau seorang anak negeri