Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Akta ini—
(a)
berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai penubuhan sesuatu perbadanan yang disebut dalam seksyen 25;
(b)
menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Majlis atau mana-mana perbadanan;
24
No. 20 Tahun 1966
(c)
menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan pekhidmat Majlis;
(d)
mengenakan fi dalam apa-apa hal sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;
(e)
bagi membuka, menyimpan, menutup dan mengaudit akaun perbadanan; dan
(f)
pada amnya bagi menjalankan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini.