Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan hakmilik di bawah seksyen 40 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Majlis dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga, Majlis yang telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.