Malaysia legislation

Section 45

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 45

Penerusan pegawai dan pekhidmat

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga hendaklah pada hari itu diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Majlis, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama sebagaimana yang diperoleh sebaik sebelum hari yang ditetapkan.

Section 45 — MAJLIS AMANAH RAKYAT ACT 1966 | mylaw.my