Malaysia legislation

Section 6

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 6

Kewajipan dan kuasa Majlis

(2)

Tertakluk kepada kelulusan Menteri terlebih dahulu, Majlis hendaklah mempunyai kuasa bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1)—

(a)

untuk menjalankan segala aktiviti khususnya pembangunan perusahaan komersial dan perindustrian, yang penjalanan aktiviti itu didapati oleh Majlis adalah perlu, berfaedah, atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian kewajipannya itu, termasuklah pembuatan, pemasangan, pemprosesan, pembungkusan, penggredan dan pemasaran produk, penyelidikan dan latihan;

(b)

untuk menggalakkan penjalanan apa-apa aktiviti sedemikian oleh badan atau orang lain, dan bagi maksud itu untuk menubuhkan atau mengembangkan, atau menggalakkan penubuhan atau pengembangan, badan lain untuk menjalankan apa-apa aktiviti sedemikian sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Majlis atau secara bebas, dan untuk memberikan bantuan kepada badan itu atau kepada badan atau orang lain yang didapati oleh Majlis mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan syer atau pemberian modal pinjaman, atau melalui pinjaman atau selainnya;

Majlis Amanah Rakyat 11

(c)

untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu secara bersama dengan badan atau orang lain (termasuk jabatan atau pihak berkuasa bagi Kerajaan Persekutuan atau bagi mana-mana

Kerajaan Negeri) atau sebagai ejen pengurusan atau selainnya bagi pihaknya;

(cc)

untuk melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu;

(d)

untuk membeli, menaja jamin atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskan saham dan syer itu mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;

(e)

untuk menubuhkan dan menyenggarakan institusi latihan;

dan

(f)

untuk melakukan segala perbuatan yang dianggap wajar atau suai manfaat oleh Majlis.