Malaysia legislation

Section 8

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 8

Penyusunan Majlis kepada bahagian, pelantikan pengarah dan tanggungjawab mereka

(2)

Pengarah bagi setiap bahagian hendaklah dilantik oleh

Majlis dengan kelulusan Menteri dan hendaklah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah.

(3)

Hendaklah menjadi tanggungjawab pengarah bagi bahagian yang berkenaan, tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah, untuk melaksanakan dan menyempurnakan keputusan Majlis mengenai perkara yang berkaitan dengan bahagiannya, untuk mengemukakan syor mengenai dasar bagi pertimbangan oleh Majlis, untuk mengambil bahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat

Majlis apabila perkara yang berkaitan dengan bahagiannya sedang dipertimbangkan dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis.

Pelantikan jawatankuasa

Section 8 — MAJLIS AMANAH RAKYAT ACT 1966 | mylaw.my