Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Bagi pelan-pelan yang dikemukakan untuk diluluskan mengenai perubahan kepada bangunan yang sedia ada, separuh daripada fee yang ditetapkan dalam paragraf 1 adalah kena dibayar.
(2)
Jika perubahan-perubahan kepada sesuatu bangunan yang sedia ada dibuat pada amnya meliputi seluruh kawasan bangunan itu, maka fee yang kena dibayar hendaklah dihitung atas seluruh kawasan bangunan itu, tetapi jika sesuatu pecah bahagian nyata bangunan itu tidak terjejas oleh skim perubahan itu, pecah bahagian yang tidak terjejas itu hendaklah dikeluarkan dari kawasan yang atasnya fee itu hendaklah dihitung.
(3)
Jika sesuatu tingkat bangunan yang sedia ada terjejas oleh perubahan kepada bangunan itu, tingkat itu hendaklah dikeluarkan dari kawasan yang atasnya fee yang kena dibayar bagi perubahan-perubahan itu hendaklah dihitung.
(4)
Jika perubahan-perubahan kepada sesuatu bangunan yang sedia ada melibatkan suatu perubahan kepada garisan hadapan atau pelan tegak kepada sesuatu jalan (di mana pelan tegak itu bersempadan dengan suatu jalan) fee yang sebagai tambahan kepada fee yang kena dibayar di bawah subparagraf (1), (2)
dan (3) paragraf ini:
(a)
Perubahan kepada garisan hadapan
…
…
RM18.00 bagi satu tingkat
(b)
Perubahan-perubahan kepada pelan tegak jalan…
RM18.00 bagi satu tingkat
Perubahan kepada bangunan yang sedia ada.
Bangunan dari-pada kelas gudang.
Tingkat bawah tanah terbuka.
Bangsal dengan sisi-sisi ter-buka.
Bangunan yang diluluskan atas asas sementara dan pelan-pelan lakar percubaan.
6hb Mei 2004]
763
(5)
Jika perubahan kepada sesuatu bangunan yang sedia ada melibatkan hanya pecah bahagian bilik-bilik menjadi bilik-bilik yang lebih kecil, fee yang kena dibayar apabila mengemukakan pelan-pelan bagi perubahan itu ialah RM25.00 bagi satu bilik yang lebih kecil atau bilik kecil.