Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995
Seksyen 7
Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang yang merupakan caruman kepada Kumpulan Wang itu oleh kedua-dua Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu sebagai majikan dan pendeposit sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa-apa dividen, bonus dan bunga di atasnya hendaklah dipindahkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan di bawah subseksyen 24(1) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], dan hendaklah diuruskan mengikut peruntukan Akta itu.