Malaysia legislation
Section 14
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 14
Perbelanjaan
(2)
Tiada pampasan boleh dibayar kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerugian akibat pelupusan oleh pegawai Agensi bagi mana-mana barang-barang yang dilucut hak atau disifatkan telah dilucut hak di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis yang berkaitan.
(3)
Kos pemegangan apa-apa barang-barang atau dokumen yang dipegang dalam jagaan pegawai Agensi sementara menunggu apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan selesai hendaklah ditanggung oleh mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan itu dan hendaklah didapatkan semula sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Wang yang dikutip atau diterima