Malaysia legislation

Section 16

of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024

Seksyen 16

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

mana-mana pegawai Agensi; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan

Ketua Pengarah,

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 860

jika perbuatan, kecuaian atau keingkaran itu telah dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati dan dengan mempercayai semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Obligasi kerahsiaan

Section 16 — MALAYSIA BORDER CONTROL AND PROTECTION AGENCY ACT 2024