Malaysia legislation
Section 4
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 4
(2)
Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi selama tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
(3)
Tempoh pelantikan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi apabila dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai Ketua Pengarah oleh Yang di-Pertuan Agong secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan segala perkara yang berhubungan dengan Agensi.
(5)
Jika Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan kewajipannya bagi apa-apa tempoh atau jika jawatan
Ketua Pengarah menjadi kosong, Timbalan Ketua Pengarah yang paling kanan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah.
Pelantikan pegawai Agensi yang lain