Malaysia legislation
Section 6
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 6
(a)
untuk menguatkuasakan di kawasan yang ditetapkan undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan—
(i)
pemeriksaan dan kawalan orang yang memasuki atau meninggalkan Malaysia;
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 9
(ii)
pemeriksaan dan kawalan barang-barang yang dibawa ke dalam atau keluar dari kawasan yang ditetapkan;
(iii)
pemeriksaan, kawalan dan kuarantin apa-apa tumbuh-tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia;
(iv)
pemeriksaan dan kawalan apa-apa kenderaan yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia;
(v)
pemeriksaan dan kawalan makanan dan benda yang bersampingan dengan makanan, dadah, racun, kosmetik dan benda lain yang berkaitan dengan kesihatan yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia;
(vi)
pemeriksaan dan kawalan hidupan liar, bahagian hidupan liar atau terbitan hidupan liar yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia;
(vii)
pencegahan dan penyiasatan mana-mana kesalahan;
dan
(viii)
pengeluaran apa-apa pas, permit atau apa-apa dokumen lain bagi maksud mengawal pergerakan orang, barang-barang, kenderaan, tumbuh-tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, makanan dan benda lain yang bersampingan dengan makanan, dadah, racun, kosmetik, hidupan liar, bahagian hidupan liar atau terbitan hidupan liar atau benda lain;
(b)
untuk melaksanakan pengawasan dan rondaan di kawasan yang ditetapkan;
(c)
untuk mengumpul maklumat dan risikan bagi maksud kawalan dan perlindungan sempadan; dan
(d)
untuk mengurus dan mentadbir mana-mana kompleks pintu masuk.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 860
(2)
Agensi hendaklah melaksanakan fungsi di bawah subseksyen (1) mengikut arahan atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan.
(3)
Dalam menjalankan fungsi di bawah subperenggan (1)(a)(i)
bagi Negeri Sabah dan Sarawak, Agensi hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada
Pengarah Imigresen Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut Bahagian VII Akta Imigresen 1959/63.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “Pihak Berkuasa Negeri” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 62
Akta Imigresen 1959/63.
Kuasa Agensi