Malaysia legislation
Section 128C
Seksyen 128C
(a)
pemindah tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang mereka dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya, atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pegawal selia atau mana-mana jua pihak berkuasa lain, atau mana-mana orang lain yang terjejas dengannya walau apa pun apa-apa kontrak, apa-apa jua dalam dokumen konstituen pemindah atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Syarikat 2016,
Akta
Perkhidmatan
Kewangan 2013
dan
Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
(b)
penerima pindahan tidak dikehendaki untuk membuat suatu tawaran mengambil alih atau dikehendaki untuk memperoleh syer pemegang syer lain institusi anggota atau syer peminjam di bawah apa-apa perkiraan pinjaman dan peminjaman syer, walau apa pun apa-apa kontrak atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang; dan
(c)
tertakluk pada subseksyen (2)—
(i)
tiada seorang pun boleh menamatkan atau meminda apa-apa perjanjian dengan institusi anggota atau menuntut supaya suatu bayaran dipercepat di bawah apa-apa perjanjian sedemikian dengan institusi anggota hanya disebabkan oleh perintah pindah milik yang dibuat atau perubahan dalam pemegang syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota;
(ii)
apa-apa terma dalam mana-mana perjanjian tidak mempunyai kuat kuasa atau kesan sekiranya ia mempunyai kesan untuk memperuntukkan bagi, atau membenarkan, apa-apa jua pun yang, pada matannya, bertentangan dengan subperenggan (i); dan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 155
(iii)
apa-apa terma dalam mana-mana perjanjian tidak mempunyai kuat kuasa atau kesan sekiranya ia memperuntukkan, pada matannya, bahawa institusi anggota itu terhenti mempunyai hak untuk menggunakan atau berurusan dengan aset yang jika tidak institusi anggota akan mempunyai hak itu pada masa perintah pindah milik itu dibuat atau perubahan dalam pemegang syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota.
(2)
Penguatkuasaan oleh pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak tidak akan terjejas oleh suatu perintah pindah milik yang dibuat bagi pemindahan semua atau mana-mana syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota.
(3)
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Bank Negara Malaysia, dalam menjalankan kuasanya di bawah perenggan 99(1)(ga), melalui notis secara bertulis—
(a)
memecat daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa-apa tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota;
(b)
mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu;
atau
(c)
melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(4)
Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3),
Perbadanan hendaklah memberi pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota itu peluang untuk membuat representasi.
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, jika Perbadanan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3), Perbadanan, institusi anggota atau
156
Undang-Undang Malaysia penerima pindahan tidak boleh dinamakan sebagai suatu pihak dalam apa-apa tuntutan atau permohonan yang dibuat atau ditambahkan sebagai suatu pihak dalam apa-apa prosiding yang dimulakan atau diteruskan oleh atau bagi pihak mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota itu menurut Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 atau Akta Kerja 1955.
(6)
Suatu perintah pindah milik boleh menghendaki atau membenarkan—
(a)
pemindah untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada penerima pindahan atau Perbadanan; atau
(b)
penerima pindahan untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada pemindah atau Perbadanan.
(7)
Mana-mana orang dalam mematuhi perintah pindah milik bagi maksud subseksyen (6) tidak boleh dianggap sebagai melanggar mana-mana undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan.
(8)
Perintah pindah milik yang dikeluarkan mengikut Bab ini adalah muktamad dan mengikat semua orang yang baginya perintah pindah milik itu dibuat atau yang terjejas oleh perintah pindah milik itu tidak kira bahawa orang itu tidak mengetahui mengenai apa-apa hal keadaan yang menyebabkan perintah pindah milik itu dibuat, atau tidak mempunyai peluang untuk didengar oleh, atau untuk membuat apa-apa representasi kepada, Perbadanan berhubung dengan perintah pindah milik itu.
(9)
Bab ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun—
(a)
apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan syer dan pengarah, pegawai dan pekerja institusi anggota termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi anggota itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 157
(b)
apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi anggota atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi anggota itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer yang dikeluarkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi anggota itu.
Perintah pindah milik gantian