Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2016

Seksyen 3

Pindaan seksyen 2

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan takrif “anggota penerima deposit” dengan takrif yang berikut:

‘ “anggota penerima deposit” ertinya suatu institusi anggota yang merupakan bank Islam atau bank berlesen;’;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1505

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

(PINDAAN) 2016

Undang-Undang Malaysia 4

(ii)

dengan memasukkan selepas takrif “aset” takrif yang berikut:

‘ “bank berlesen” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758];’;

(iii)

dengan memasukkan selepas takrif “bank berlesen”

takrif yang berikut:

‘ “bank Islam” ertinya suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759], selain suatu bank Islam antarabangsa berlesen;’;

(iv)

dengan memotong takrif “aset Islam”;

(v)

dengan memotong takrif “aset konvensional”;

(vi)

dalam takrif “deposit Islam”, dengan memotong perkataan “atas apa-apa asas termasuk jagaan atau perkongsian keuntungan”;

(vii)

dalam takrif “deposit konvensional”, dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberian cagaran” perkataan

“melainkan jika jumlah wang itu disediakan atau diberikan sebagai cagaran atau sekuriti bagi pembayaran balik apa-apa pinjaman yang dibuat oleh atau hutang yang terhutang kepada anggota penerima deposit”;

(viii)

dalam takrif “institusi anggota”, dengan menggantikan perkataan “perbadanan” dengan perkataan “orang”;

(ix)

dengan menggantikan takrif “institusi kewangan”

dengan takrif yang berikut:

‘ “institusi kewangan” ertinya suatu bank berlesen, bank Islam, syarikat insurans atau pengendali takaful;’;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(x)

dengan menggantikan takrif “kemudahan pembiayaan

Islam” dengan takrif yang berikut:

‘ “kemudahan pembiayaan Islam”

mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada takrif “kemudahan pembiayaan” di bawah subseksyen 2(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;’;

(xi)

dengan memasukkan selepas takrif “pejabat”

takrif yang berikut:

‘ “pelikuidasi” termasuklah seorang pelikuidasi sementara, jika berkenaan;’;

(xii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif “pengendali takaful” yang sedia ada;

(xiii)

dengan memasukkan selepas takrif “pendeposit”

takrif yang berikut:

‘ “pengendali takaful” ertinya pengendali takaful yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013, selain suatu pengendali takaful yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful semula semata-mata dan suatu pengendali takaful antarabangsa;’;

(xiv)

dengan memotong takrif “perjanjian kewangan yang layak”;

(xv)

dengan memotong takrif “perniagaan kewangan

Islam”;

(xvi)

dengan menggantikan takrif “perniagaan perbankan

Islam” dengan takrif yang berikut:

‘ “perniagaan perbankan Islam” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;’;

Undang-Undang Malaysia 6

(xvii)

dengan menggantikan takrif “polisi am” dengan takrif yang berikut:

‘ “polisi am” ertinya suatu polisi yang dikeluarkan oleh suatu syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan insurans am;’;

(xviii)

dengan memasukkan selepas takrif “polisi hayat”

takrif yang berikut:

‘ “polisi hayat sertaan” ertinya suatu polisi hayat yang memberikan suatu hak kepada pemunya polisi untuk menyertai dalam untukan, yang jumlah atau penentuan masa adalah pada budi bicara syarikat insurans, daripada aset suatu kumpulan wang insurans di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013;’;

(xix)

dengan memasukkan selepas takrif “sekuriti”

takrif yang berikut:

‘ “sekuriti Islam” ertinya sekuriti yang mengikut Shariah;’;

(xx)

dengan menggantikan takrif “sijil takaful am”

dengan takrif yang berikut:

‘ “sijil takaful am” ertinya suatu sijil takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 untuk menjalankan perniagaan takaful am;’;

(xxi)

dengan menggantikan takrif “surat cara modal”

dengan takrif yang berikut:

‘ “surat cara modal” ertinya syer keutamaan, saham pinjaman, hutang berjangka subordinat atau surat cara lain yang diluluskan oleh

Bank Negara Malaysia sebagai layak untuk menjadi modal bagi maksud Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;’;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(xxii)

dengan menggantikan takrif “syarikat insurans”

dengan takrif yang berikut:

‘ “syarikat insurans” ertinya suatu penanggung insurans yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013, selain suatu penanggung insurans yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata dan

Danajamin Nasional Berhad;’;

(xxiii)

dalam takrif “tahun taksiran”, dengan memasukkan selepas perkataan “premium” perkataan “dan levi”;

(xxiv)

dalam takrif “takaful”, dengan menggantikan perkataan “Akta Takaful 1984” dengan perkataan

“Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013”; dan

(xxv)

dengan menggantikan takrif “takaful perpaduan keluarga” dengan takrif yang berikut:

‘ “takaful keluarga” ertinya takaful di bawah suatu sijil takaful keluarga.’;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“Perjanjian kewangan yang layak

(1a)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

“cagaran kewangan” ertinya mana-mana yang berikut yang tertakluk kepada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan suatu perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk kepada suatu perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik:

(i)

wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;

Undang-Undang Malaysia 8

(ii)

sekuriti, sekuriti Islam, suatu akaun sekuriti, suatu akaun sekuriti Islam, atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti atau sekuriti Islam; atau

(iii)

suatu perjanjian niaga hadapan atau suatu akaun niaga hadapan;

(b)

“derivatif” ertinya apa-apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah atau kadar pertukaran) atau indeks;

(c)

“derivatif Islam” ertinya apa-apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang dibuat mengikut Shariah, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti Islam, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar keuntungan atau kadar pertukaran)

atau indeks;

(d)

“perantaraan kewangan” ertinya—

(i)

suatu agensi penjelasan; atau

(ii)

seseorang, termasuk broker, bank atau syarikat amanah, yang dalam penjalanan biasa perniagaan menyenggara akaun sekuriti, akaun sekuriti Islam atau akaun niaga hadapan untuk orang lain;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(e)

“perjanjian kewangan yang layak” ertinya—

(i)

suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawahnya yang sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku—

(A)

transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;

(B)

nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) dikira atau boleh dikira; dan

(C)

nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i)

adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar, dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang merupakan transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;

(ii)

suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam subperenggan (i);

Undang-Undang Malaysia 10

(iii)

suatu perjanjian untuk meminjam atau meminjamkan sekuriti atau komoditi, termasuk suatu perjanjian untuk memindahkan sekuriti atau komoditi yang di bawahnya peminjam boleh membayar balik pinjaman itu dengan sekuriti atau komoditi yang lain, wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai; atau

(iv)

apa-apa perjanjian lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara

Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

(f)

“perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan suatu perjanjian kewangan yang layak; dan

(g)

“transaksi kewangan yang layak”

ertinya—

(i)

suatu derivatif atau suatu derivatif

Islam, sama ada yang akan diselesaikan melalui pembayaran atau serahan; atau

(ii)

suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti atau sekuriti

Islam.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberitahuan,” perkataan “arahan,”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

11

Pindaan seksyen 10

Section 3 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (AMENDMENT) ACT 2016