Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2016

Seksyen 41

(a)

“deposit” ertinya baki belum dibayar daripada agregat deposit sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) yang diterima atau dipegang oleh anggota penerima deposit daripada atau bagi pihak seseorang dan termasuklah—

(i)

suatu draf bank, cek kembara, surat kredit bayar dahulu, kiriman wang atau surat cara lain yang seumpamanya yang berkenaan dengannya anggota penerima deposit itu bertanggungan terutamanya;

(ii)

cek atau surat cara atau arahan lain yang seumpamanya yang dimasukkan ke dalam sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen 30(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau subseksyen 39(1) Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 walau apa pun apa-apa kelengahan atau kegagalan oleh anggota penerima deposit itu dalam mengkreditkan akaun itu;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(iii)

deposit mata wang asing; atau

(iv)

apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, tetapi tidak termasuk, melainkan jika ditentukan selainnya oleh Perbadanan di bawah subperenggan (iv)—

(A)

suatu deposit yang tidak kena dibayar di Malaysia;

(B)

suatu deposit pasaran wang;

(C)

suatu deposit surat cara boleh niaga dan apa-apa deposit pembawa yang lain;

(D)

suatu perjanjian beli semula;

(E)

suatu deposit yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit dalam penjalanan perniagaan perbankan Labuannya yang dijalankan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti

Labuan 2010 [Akta 704] atau perniagaan perbankan Islam Labuannya yang dijalankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]; dan

(F)

apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(b)

“akaun amanah” termasuklah wang yang dipegang dalam akaun bagi maksud suatu amanah.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, liabiliti atau surat cara kewangan yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(iv) dan perenggan (1)(a)(F) termasuklah apa-apa liabiliti atau surat cara yang di bawahnya suatu jumlah wang atau nilai wang diterima atau dibayar mengikut terma oleh mana-mana orang, yang penerimaan dan pembayaran balik adalah mengikut terma mana-mana perjanjian yang selaras dengan Shariah atas apa-apa asas, sama ada terdapat obligasi untuk membayar balik wang itu sepenuhnya atau tidak.”.

Undang-Undang Malaysia 18

Pindaan seksyen 42

Section 41 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (AMENDMENT) ACT 2016