Malaysia legislation

Section 46

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2016

Seksyen 46

Seksyen 83 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dan (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Jika suatu sijil terhenti berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), pemunya sijil adalah layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya oleh anggota penanggung insurans disebabkan oleh sijil itu—

(a)

berkenaan dengan sijil takaful amnya, pemulangan sebahagian daripada sumbangan takaful yang sepadan dengan baki tempoh sijil takaful itu;

(b)

berkenaan dengan sijil takaful keluarganya, nilai sijil takaful keluarga itu;

(c)

nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang secara berasingan berkenaan dengan sijil takaful itu; atau

Undang-Undang Malaysia 28

(d)

apa-apa pemulangan atau amaun lain, yang hendaklah dipastikan atas apa-apa asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan.

(3)

Jika suatu polisi terhenti berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), pemunya polisi adalah layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya oleh anggota penanggung insurans disebabkan oleh polisi itu—

(a)

berkenaan dengan polisi amnya, pemulangan sebahagian daripada premium yang sepadan dengan baki tempoh polisi itu;

(b)

berkenaan dengan polisi hayatnya, nilai polisi hayat itu;

(c)

nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang secara berasingan berkenaan dengan polisi itu; atau

(d)

apa-apa pemulangan atau amaun lain, yang hendaklah dipastikan atas apa-apa asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan.”.

Pindaan seksyen 84

Section 46 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (AMENDMENT) ACT 2016