Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Pindaan seksyen 115
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada apa-apa jua dalam seksyen 109 boleh menghalang penamatan mana-mana perjanjian yang berikut mengikut termanya atau penolakan atau penggunaan amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu mengikut termanya, iaitu—
(a)
suatu perjanjian kewangan yang layak;
(b)
suatu derivatif yang diniagakan di—
(i)
suatu bursa derivatif, papan derivatif atau pasaran lain yang dikawal selia bagi derivatif;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)
(ii)
suatu bursa niaga hadapan, papan niaga hadapan atau pasaran lain yang dikawal selia bagi niaga hadapan; atau
(iii)
suatu bursa opsyen, papan opsyen atau pasaran lain yang dikawal selia bagi opsyen;
(c)
suatu perjanjian untuk—
(i)
menjelaskan atau menyelesaikan transaksi sekuriti, niaga hadapan, opsyen atau derivatif;
atau
(ii)
bertindak sebagai suatu depositori sekuriti;
atau
(d)
suatu pinjaman margin setakat yang berkenaan dengan suatu akaun sekuriti atau akaun niaga hadapan yang disenggarakan oleh suatu perantaraan kewangan.”;
(b)
dengan memotong subseksyen (2);
(c)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“mana-mana perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1)”
dengan perkataan “suatu perjanjian kewangan yang layak”;
(d)
dalam subseksyen (4)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “dua perjanjian atau lebih” dengan perkataan “dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian kewangan yang layak”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “tidak satu pun perjanjian” dengan perkataan “tidak satu pun transaksi kewangan yang layak”;
(e)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“suatu perjanjian yang disebut dalam perenggan (1)(i)”
Undang-Undang Malaysia 34
dengan perkataan “suatu perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan”; dan
(f)
dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan
“suatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1)”
dengan perkataan “suatu perjanjian kewangan yang layak”.
Pindaan seksyen 120