Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2016

Seksyen 5

Pindaan seksyen 14

(a)

dalam perenggan (1)(c), dengan menggantikan perkataan

“seorang ketua bahagian” dengan perkataan “seorang pemegang jawatan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Bagi maksud perenggan (1)(c), “pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang merupakan presiden atau naib presiden, atau setiausaha atau bendahari bagi suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, atau yang merupakan seorang anggota jawatankuasa atau anggota badan pengelolaan suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu atau yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, yang sama dengan mana-mana yang disebut di atas atau yang berkenaan dengannya orang itu menjalankan pengurusan atau kawalan bagi hal ehwal parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu.”.

Pindaan Bab 4

Section 5 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (AMENDMENT) ACT 2016