Malaysia legislation

Section 61

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2016

Seksyen 61

Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

Bab 2 bab yang berikut:

“Bab 2a

Peruntukan yang berhubungan dengan pemindahan wajib syer

Takrif 128A. Bagi maksud Bab ini—

(a)

“pemindah” ertinya pemegang syer, yang syernya dipindahkan atau akan dipindahkan di bawah perenggan 99(1)(ga);

(b)

“penerima pindahan” ertinya seseorang yang kepadanya syer pemindah dipindahkan atau akan dipindahkan di bawah perenggan 99(1)(ga);

(c)

“perintah pindah milik” ertinya suatu perintah berkenaan dengan pemindahan syer yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) dan termasuklah suatu perintah pindah milik gantian yang disebut dalam seksyen 128d;

(d)

“syer” termasuklah surat cara modal, waran dan hak di bawah apa-apa surat cara lain yang dikeluarkan oleh institusi anggota yang memberi hak kepada pemegangnya untuk memperoleh syer dalam institusi anggota itu;

(e)

“tarikh pindah milik” ertinya tarikh yang dinyatakan pada suatu perintah pindah milik sebagai tarikh yang apa-apa syer dipindahkan atau disifatkan dipindahkan kepada penerima pindahan.

Pemindahan wajib syer 128b. (1) Apa-apa pemindahan syer yang dikeluarkan oleh suatu institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(ga) hendaklah dilaksanakan dengan perintah pindah milik yang dikeluarkan oleh Perbadanan mengikut Bab ini.

Undang-Undang Malaysia 36

(2)

Jika berdasarkan rekod institusi anggota yang tersedia kepada Perbadanan dalam penjalanan kuasa pemindahan wajib syer terdapat seorang pemindah yang bankrap, Perbadanan hendaklah memberitahu Ketua Pengarah Insolvensi secara bertulis tentang pemindahan itu sebelum pemindahan itu berkuat kuasa dan apa-apa wang atau balasan lain yang boleh diterima berhubung dengan syer pemindah yang bankrap itu hendaklah diletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi.

(3)

Jika Perbadanan mengeluarkan perintah pindah milik di bawah Bab ini, Perbadanan hendaklah—

(a)

memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan

(b)

memberi notis mengenai perintah pindah milik itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian yang disiarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(4)

Notis di bawah perenggan (3)(b) hendaklah termasuk perkara yang dinyatakan dalam subperenggan 2a(1)

Section 61 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (AMENDMENT) ACT 2016