Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
(a)
kadar levi yang terpakai bagi setiap anggota penanggung insurans hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)
(b)
berkenaan dengan anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat, levi tahunan yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu hendaklah dikira berdasarkan asas yang dinyatakan dalam perenggan (c)
dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh
Perbadanan;
(c)
bagi maksud perenggan (b), levi tahunan hendaklah berdasarkan penilaian aktuari liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;
(d)
berkenaan dengan anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am, levi tahunan yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu hendaklah dikira berdasarkan asas yang dinyatakan dalam perenggan (e)
dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh
Perbadanan;
(e)
bagi maksud perenggan (d), levi tahunan hendaklah berdasarkan jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih yang diterima pada tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(f)
levi tahunan berkenaan dengan manfaat yang dilindungi bagi takaful keluarga, takaful am, polisi hayat dan polisi am hendaklah dikira secara berasingan.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, jika liabiliti bagi sijil takaful atau polisi insurans suatu anggota penanggung insurans dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penanggung insurans lain, jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih yang diterima oleh anggota penanggung insurans pemindah berkenaan dengan liabiliti itu pada tahun
Undang-Undang Malaysia 24
taksiran yang sebelumnya hendaklah disifatkan diterima oleh anggota penanggung insurans penerima pindahan pada tahun taksiran sebelumnya dan levi tahunan hendaklah dibayar oleh anggota penanggung insurans penerima pindahan dengan sewajarnya.
(3)
Levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans hendaklah berdasarkan kepada penyata yang diperaku oleh ketua eksekutif anggota penanggung insurans itu dan dikemukakan mengikut apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.”.
Pindaan seksyen 74