Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Pindaan seksyen 25
(a)
dalam perenggan (a)—
(i)
dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) kecuali bagi maksud penyediaan bantuan likuiditi, membuat pinjaman atau pendahuluan atau menyediakan pembiayaan dengan atau tanpa cagaran, atau menjamin dengan atau tanpa cagaran apa-apa pinjaman, pendahuluan atau pembiayaan yang disediakan, kepada institusi anggota;”; dan
(ii)
dalam subperenggan (iii), dengan memasukkan selepas perkataan “dengan cara cagaran atau selainnya,” perkataan “atau melanggan”;
(b)
dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu; dan
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(ha) menyediakan apa-apa subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit konvensional, dengan atau tanpa pulangan atau bunga, kepada mana-mana orang bagi maksud latihan, penyelidikan, pendidikan atau pembangunan sumber manusia berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan kewangan;
dan”.
Pindaan seksyen 26