Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 10

(2)

Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Pihak berkuasa pelesenan boleh meluluskan pemindahan hak milik lesen jika—

(a)

pemegang lesen itu mati atau menjadi tidak upaya atau bankrap;

(b)

dalam hal sesuatu syarikat, pemegang lesen telah digulung atau seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan perniagaan pemegang lesen itu; atau

(c)

atas apa-apa sebab pihak berkuasa pelesenan berpuas hati bahawa tidaklah adil jika lesen itu tidak dipindahkan hak miliknya.

Industri Biobahan Api Malaysia 13

(4)

Suatu permohonan bagi pindah milik lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak berkuasa pelesenan.

Serah hak lesen

Section 10 — MALAYSIAN BIOFUEL INDUSTRY ACT 2007 | mylaw.my