Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 26

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—

(a)

penghuni tempat atau premis tempat bahan api, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai; dan

(b)

orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu jika penyitaan dibuat di bawah seksyen 25.

(3)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak didiami, pegawai penguat kuasa itu hendaklah bila-bila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu supaya mudah dilihat di tempat atau premis itu.

(4)

Jika bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan,

22

Undang-Undang Malaysia buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.

(5)

Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan pemunya.

Pemulangan sementara pengangkut, dsb.