Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki

8

Undang-Undang Malaysia makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“biobahan api” ertinya apa-apa bahan api, sama ada pepejal, cecair atau bergas, yang dihasilkan daripada biojisim;

“biojisim” ertinya apa-apa pecahan terbiodegradasikan keluaran, buangan dan sisa daripada pertanian (termasuk bahan tanaman dan binatang), perhutanan dan industri yang berkaitan, dan juga pecahan terbiodegradasikan buangan industri dan perbandaran;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“laut” termasuklah perairan pedalaman;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 8;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi biobahan api;

“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 16;

“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya lesen dikeluarkan di bawah seksyen 8;

“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;

“pihak berkuasa pelesenan” ertinya pihak berkuasa pelesenan yang disebut dalam seksyen 6.