Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 32

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian

28

Undang-Undang Malaysia notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain tidak boleh dilucuthakkan boleh, memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa yang dalam milikannya bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai penguat kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusannya.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya,

Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(7)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah

Industri Biobahan Api Malaysia 29

dilakukan dan bahawa bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu,

Majistret hendaklah memerintahkan supaya bahan api atau hasil penjualannya atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(8)

Mana-mana bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai penguat kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

(9)

Pihak berkuasa pelesenan tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam mutu bahan api yang disita di bawah Akta ini.

Hak harta mengenai bahan api, dsb., yang dilucuthakkan