Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 34

Pelepasan bahan api, dsb., yang disita

Walau apa pun seksyen 32, pihak berkuasa pelesenan boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita.

30

Undang-Undang Malaysia

Pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan