Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 41

Kos memegang bahan api, dsb., yang disita

Jika apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan pihak berkuasa pelesenan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada pihak berkuasa pelesenan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.

Section 41 — MALAYSIAN BIOFUEL INDUSTRY ACT 2007 | mylaw.my