Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Seseorang yang—
(a)
mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu
34
Undang-Undang Malaysia mana-mana pegawai penguat kuasa dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;
(b)
mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini; atau
(c)
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menyebabkan kehilangan, atau merosakkan atau memusnahkan apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain untuk menghalang penyitaannya atau penyimpanan selamat bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.