Malaysia legislation

Section 55

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 55

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(a)

menetapkan piawaian pemprosesan, penstoran, pengangkutan dan pengendalian termasuk pembungkusan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;

(b)

menetapkan piawaian atau gred biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain dan membuat peruntukan untuk melaksanakan piawaian atau gred itu, termasuk peruntukan bagi atau yang berhubungan dengan pelabelan;

(c)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;

(d)

mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan piawaian pelakuan yang sepatutnya dalam penjalanan industri biobahan api dan bagi urusan pelanggarannya;

(e)

menetapkan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan dalam industri biobahan api;

40

Undang-Undang Malaysia

(f)

menetapkan nama dan perihalan yang hendaklah digunakan bagi biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;

(g)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan;

(h)

menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;

(i)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada pihak berkuasa pelesenan di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;

(j)

mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti pihak berkuasa pelesenan dan secara amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan pihak berkuasa pelesenan di bawah

Akta ini; dan

(k)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Peruntukan peralihan