Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
memulakan untuk membina apa-apa loji biobahan api atau loji pengadunan biobahan api;
(b)
mengeluarkan apa-apa biobahan api;
(c)
mengadun apa-apa biobahan api dengan apa-apa bahan api atau biobahan api lain;
10
Undang-Undang Malaysia
(d)
mengeksport apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
(e)
mengimport apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
(f)
mengangkut apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan;
(g)
menyimpan apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan;
(h)
mengukur apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain; atau
(i)
menguji apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain, tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), “biobahan api” merujuk kepada biobahan api yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pihak berkuasa pelesenan