Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
“anggota” ertinya anggota Lembaga, dan termasuklah anggota silih ganti;
“bahan tanaman koko” ertinya biji benih koko, anak benih koko, anak benih koko bertunas, apa-apa bahan daripada mana-mana bahagian pokok koko yang digunakan dalam pembiakan tampang dan tumbuh-tumbuhan daripada tisu koko;
“biji koko” ertinya biji Theobroma cacao L sama ada melalui proses penapaian atau pengeringan atau tidak;
“dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil daripada kegiatan penyelidikan dan kemajuan dan termasuklah reka cipta dan kemajuan dalam apa-apa proses, radas, jentera atau teknik;
“hari ditetapkan” ertinya hari seksyen 25A mula berkuat kuasa;
“industri koko” ertinya apa-apa industri yang terlibat dalam penanaman koko atau pengeluaran keluaran koko atau kedua-duanya dan termasuklah perkhidmatan yang berhubung dengan penanaman atau pengeluaran itu;
“juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 23N;
“kakitangan” ertinya pegawai dan pekhidmat Lembaga dan di mana konteksnya terpakai sedemikian, mana-mana pakar yang diambil kerja oleh Lembaga secara sementara;
“keluaran koko” ertinya apa-apa keluaran yang dikilang daripada biji koko dan termasuklah likuor koko, mentega koko, koko berbuku, serbuk koko dan coklat;
Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 9
“kenderaan” ertinya apa-apa cara pengangkutan, sama ada melalui udara, laut atau darat;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 15;
“koko” ertinya tumbuh-tumbuhan daripada genus Theobroma atau apa-apa genus atau spesies yang berkaitan atau apa-apa kacukan atau klon daripada genus atau spesies itu, tumbuh-tumbuhan yang berhasil daripada mengahwinkan spesies, kacukan atau klon ini dengan apa-apa spesies, kacukan atau klon tumbuh-tumbuhan yang lain, dan bentuk spesies, kacukan atau klon ini yang dihasilkan daripada kejuruteraan genetik, dan termasuklah biji koko dan keluaran koko;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Koko
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;
“laut” termasuklah perairan pedalaman;
“Lembaga” ertinya Lembaga Koko Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“MARDI” ertinya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia 1969 [Akta 11];
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi industri koko;
“pegawai diberi kuasa” ertinya―
(a)
seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 23A;
(b)
seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor; atau
(c)
seorang pegawai kastam;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 343
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 3B;
“program diluluskan” ertinya program yang diluluskan oleh
Lembaga;