Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“anggota” ertinya Pengerusi dan anggota Suruhanjaya yang lain yang dilantik di bawah seksyen 6;
Undang-Undang Malaysia
Akta 589
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 15;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 38;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;
“pekerja” termasuklah pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 49;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 6(a);
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“undang-undang komunikasi dan multimedia” ertinya Akta ini dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu, dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki menjalankan apa-apa fungsi.