Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud
Akta ini oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri;
(b)
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(c)
wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(d)
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e)
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
(f)
wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;
28
Undang-Undang Malaysia
(g)
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 35;
(h)
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 71;
(i)
wang yang dipungut oleh Lembaga di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan dalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;
(j)
wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
(k)
derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar
Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia;
dan
(l)
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang